Al-Hurriyah
Al-hurriyah atau kebebasan menjadi salah satu prinsip pengurusan islam. Prinsip ini bertitik tolak daripada hakikat pengiktirafan islam terhadap kebebasan yang manusia miliki sejak ia dilahirkan. Oleh itu, Islam menentang sebarang bentuk perhambaan tanpa sebarang alasan kecuali perhambaan terhadap Allah SWT.
Islam menjamin kebebasan manusia daripada aspek hak asasi kemanusiaan melibatkan perkara-perkara berikut:

Kebebasan dalam Islam dijamin untuk setiap individu, dengan mengambil kira beberapa perkara berikut:
⧫ Ianya tidak mengganggu kepentingan orang lain, atau kepentingan awam. Hal ini kerana dalam Islam apabila bertembung antara kepentingan peribadi dengan kepentingan awam, kepentingan umum itu hendaklah didahulukan.
⧫ Tidak mengganggu kepentingan organisasi. Ini membawa maksud kepentingan organisasi hendaklah diutamakan berbanding dengan kepentingan kebebasan diri.
⧫ Kebebasan tersebut janganlah bercanggah dengan nilai dan prinsip agama. Jikalau bercanggah, maka dengan sendirinya ia terbatal.
Kebebasan dalam Islam terutamanya dalam kontrak sesebuah organisasi, kebebasan melambangkan penghargaan Islam terhadap hak yang dimiliki seseorang individu, selama mana ianya tidak melanggar batasan yang telah ditetapkan oleh agama Islam. Kebebasan dalam hal ini juga membuka nilai kekreatifan, serta sifat keterbukaan yang dianjurkan oleh Islam yang akan menyumbang kearah kebaikan dan kecemerlangan organisasi.
No comments:
Post a Comment