Setelah menjamin kebebasan untuk mencari harta dengan cara yang halal diperundangkan, harta yang diusahakan itu mestilah halal dari segi cara ia diperoleh, barangan yang terlibat dan cara ia dibelanjakan. Hal ini dijelaskan oleh Allah S.W.T dalam ayat yang bermaksud :
"Orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakan ke jalan Allah, hendaklah diberikan khabar balasan dengan azab yang pedih. Pada hari mereka dibakar muka, rusuk dan punggung mereka, seraya dikatakan kepadanya inilah harta bendemu yang kamu simpan untuk dirimu. Maka rasailah balasan yang kamu simpan dahulu."
(Surah at-Taubah 9:34-35)
Untuk memelihara keselamatan harta benda yang menjadi hak milik halal bagi individu, tamadun Islam mengharamkan sebarang bentuk pencurian daripada sekecil-kecil harta serperti jarum hingga sebesar-besarnya. Hal ini dijelaskan oleh Allah S.W.T dalam ayatNya yang bermaksud :
"Lelaki dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan kedua-duanya sebagai pembalasan daripada apa yang mereka kerjakan dan sebagai seksaan daripada Allah."
(Surah al-Maa’idah 5:38)
Dengan itu, jangan la kita terlalu mengejarkan harta kekayaan didunia kerana dunia ini hanyalah tempat yang sementara. Dengan itu kita perlu sentiasa bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan kedapa kita dan jangan la sesekali menjadi manusia yang tidak puas mengumpul harta. Sabda Rasullulah :
Dari 'Atha` dia berkata; saya mendengar Ibnu Abbas RA berkata; saya mendengar Nabi SAW bersabda: "Sekiranya anak Adam memiliki harta sebanyak dua bukit, nescaya ia akan mengharapkan untuk mendapatkan bukit yang ketiga, dan tidaklah perut anak Adam itu dipenuhi melainkan dengan tanah, dan Allah menerima taubat siapa saja yang bertaubat."
(HR Bukhari No: 5956) Status: Hadis Sahih
No comments:
Post a Comment